Nasihat untuk Wanita yang Bersalin Kali Pertama

on
NASIHAT PAKAR UNTUK WANITA YANG AKAN MELAHIRKAN ANAK BUAT KALI PERTAMA



Mungkin anda sedang menanti hari untuk menimang anak pertama anda. Ianya adalah suatu pengalaman yang menakjubkan dan pasti akan mengubah corak kehidupan anda berdua.


Seharusnya anda telah pun mendapatkan maklumat yang sepatutnya dari hospital / doktor yang menjaga anda sepanjang tempoh anda mengandung selama ini. Anda mungkin telah bersedia dengan persiapan pakaian anak dan sebagainya, tetapi adakah anda telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui proses kelahiran itu nanti?


Sekiranya anda bekerja, mungkin anda perlu segera memberitahu majikan anda tarikh anda dijangkakan untuk melahirkan anak. Segala urusan pejabat hendaklah dibereskan atau diserahkan kepada rakan sepejabat seawal mungkin, kerana kita tidak boleh pastikan secara tepat bila anda akan mula sakit untuk bersalin.


Proses kelahiran adakalanya amat menakutkan terutamanya sekiranya bakal ibu tidak mendapat nasihat yang sepatutnya. Adakalanya, nasihat telah diberikan tetapi segala informasi tersebut tidak dapat difahami secara total. Sekiranya anda memahami segala proses ini dengan baik, anda pasti akan mengalami satu kelahiran yang menakjubkan. Ia juga sebagai satu kaedah supaya anda memahami dan boleh terlibat secara langsung dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan kelahiran anak anda nanti.


Justeru itu, disediakan soalan soalan yang selalu diajukan oleh bakal ibu kali pertama untuk dikongsi bersama. Semoga ini dapat membantu anda untuk menempuh saat yang penting ini dengan selamat dan penuh kenangan manis.




**** Segala kenyataan berikut adalah sebagai panduan dan tidak boleh menggantikan nasihat dari doktor secara professional. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut.




















Proses kelahiran bayi.


Kandungan telah “cukup bulan” apabila mencapai kematangan 37 minggu keatas sehingga 42 minggu mengandung. Selalunya kelahiran akan berlaku secara natural atau dipaksa (sekiranya ada justifikasi untuk dilakukan sedemikian).




  1. Apakah tanda-tanda untuk bersalin?
    1. Tanda2 awal
      1. berat di pangkal rahim
      2. sakit di pangkal rahim
      3. keluar darah / lendir
    2. Tanda2 akhir
      1. Contractions bertambah kerap dan sakit semakin meningkat
      2. keluar air ketuban (liquor amni)


  1. Apakah proses-proses kelahiran yang dialami semasa bersalin?
    1. terbahagi kepada 3 peringkat
      1. Phasa Satu (1st stage of labor)
        1. contraction sekurang2nya dua kali dalam setiap 10 minit,
        2. pangkal rahim menjadi lembut dan membuka sehingga 10 cm
        3. penurunan kepala bayi ke bahagian bawah/bukaan pangkal rahim
      2. Phasa dua (2nd stage of labor)
        1. selepas bukaan 10cm sehinggalah kelahiran bayi
      3. Phasa tiga (3rd stage of labor)
        1. pengeluaran uri, satu proses yang mudah tetapi berpotensi menjadi bahaya pendarahan untuk ibu.


  1. Apakah komplikasi yang boleh berlaku semasa bersalin?
    1. berjaya bersalin normal (spontaneous vertex / vagina delivery)
        1. adakalanya memerlukan bantuan forceps atau vakum
    2. atau gagal dan memerlukan pembedahan Caesarean
    3. berlaku pendarahan yang banyak semasa atau selepas bersalin, di atas sebab2 tertentu
    4. kenaikan tekanan darah akibat sakit dan stress
    5. tekanan atau stress berlebihan ke atas bayi menyebabkan “fetal distress”
    6. bayi tersekat samada sebagai “shoulder dystocia” atau “secondary arrest of labor”


  1. Apakah cara untuk mengurangkan rasa sakit bersalin?
    1. Proses bersalin memang amat menyakitkan dan adalah pertarungan si ibu dengan maut
      1. bermulalah dengan kelas persediaan bersalin/ buku/majalah-expectation/mentally prepared
      2. secara physiology pernafasan dan mengamalkan ayat Quran dsb
      3. teman bersalin /”birthing partner” utk sokongan moral dan emosi
      4. sedutan gas entonox –campuran oxygen dan nitrogen
      5. penggunaan opiod atau injection pethidine atau morphine
      6. epidural anaesthesia


  1. Apakah kaedah-kaedah bersalin yang dipraktikkan?
    1. bersalin secara biasa (secara posisi dorsal )
    2. dengan bantuan forceps atau vacum
    3. pembedahan Caesarean
    4. home natural birth  }
    5. birthing chair dsb } tidak begitu popular di Malaysia
    6. water birth            }


  1. Apakah yang dikatakan ’epidural’?
    1. satu proses bius / anaesthesia utk mengurangkan kesakitan semasa bersalin atau ketika pembedahan


  1. Bagaimana suntikan ’epidural’ diberikan?
    1. campuran ubat bius tertentu disuntik ke dalam rongga epidural (di luar saluran saraf spinal.)


  1. Apakah yang berlaku ketika ’epidural’?
    1. ubat bius membasahi saraf2 deria sakit yang keluar dari saraf tunjang dan menyebabkan rasa sebal / kebas bagi bahagian yang terbabit. Saraf sakit lebih kecil serta kurang bertebat dan terlebih dahulu terbabit berbanding saraf motor.(pergerakan kaki)






  1. Apakah ’induction’? Induce labor
    1. Secara ringkasnya……..satu kaedah memulakan proses bersalin apabila difikirkan melanjutkan kandungan tersebut boleh atau akan memudaratkan kesihatan / keselamatan si ibu atau /dan bayi terbabit…..
    2. Secara lengkapnya …………juga dengan tujuan untuk berjaya bersalin secara biasa (vaginal) dalam jangka waktu yang ditetapkan.


  1. Mengapa adakalanya kita perlu memberhentikan tempoh kandungan dan mempercepatkan kelahiran sesetengah bayi?
    1. secara ringkas indikasinya terbahagi kepada dua kategori utama
      1. atas sebab kesihatan bayi
        1. jangkitan kuman (chorio amnionitis) apabila berlaku pecahnya air mentuban sebelum waktu kelahiran samada sebelum atau semasa kandungan matang (37-42 weeks)
        2. terlebih satu atau dua minggu dari tarikh jangkaan bersalin (40 weeks)
        3. kandungan mengalami komplikasi kencing manis atau darah tinggi
        4. bayi yang besar
      2. atas sebab masalah ibu
        1. masalah perubatan diabetes atau darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik
          1. elektif / kecemasan
        2. berlaku pendarahan yang banyak (APH)
          1. kecemasan




  1. Apakah situasi yang memerlukan pembedahan?
    1. terbahagi kepada dua

      1. bayi
        1. fetal distress dari bacaan CTG dari beberapa sebab tertentu
        2. songsang / breech atau selain dari kepala di bawah
        3. gagal mencapai bukaan penuh 10cm selepas beberapa jam mengalami kesakitan bersalin
        4. gagal mencapai kelahiran selepas bukaan pangkal rahim mencapai 10cm
        5. gagal induction of labor
        6. polyhydramnios (air ketuban yang terlalu banyak)
        7. amat kecil atau tidak cukup umur
        8. IUGR -gagal mencapai tumbesaran optima atas sebab2 tertentu
      2. ibu
        1. pendarahan APH yang merbahaya
        2. darah tinggi yang diluar kawalan-severe PE atau eclampsia (sawan)
        3. kencing manis yang merbahaya
        4. kelahiran Caesarean terdahulu
        5. masalah kecederaan rahim / vagina / cerviks yang terdahulu


  1. Apakah prosedur pembedahan?
    1. mesti mempunyai indikasi tertentu samada elektif atau kecemasan
    2. doktor mesti menerangkan kepada ibu dan bapa akan justifikasi keputusan untuk pembedahan dilakukan
    3. mendapatkan persetujuan dan tandatangan si ibu oleh pakar bedah dan pakar bius
    4. proses bius dilakukan
    5. pembedahan dilakukan selalunya secara "bikini line"
    6. otot rahim dikenal pasti dan dipotong / gunting
    7. bayi dilahirkan dan tali pusat dipotong dan diserahkan kepada ibu atau nurse/pakar kanak2 jika perlu
    8. uri dikeluarkan
    9. pastikan rahim mengecut
    10. bukaan ditutup secara berlapis (in anatomical layers)


  1. Apakah jenis-jenis bius / anaesthesia semasa pembedahan Caesarean?
    1. spinal anaesthesia
    2. epidural
    3. bius penuh (general anaesthesia)
    4. local anaesthesia (bius setempat)


  1. Komplikasi pembedahan?
    1. terbahagi kepada
      1. bayi
        1. cedera akibat pembedahan
        2. risiko RDS (radang pernafasan)


      1. kepada ibu
        1. semasa pembedahan
          1. pendarahan vaginal
          2. kecederaan terhadap organ tubuh badan seperti pundi kencing, usus.
          3. trauma kepada otot rahim (deep stage 2 arrest)
        2. selepas pembedahan
          1. jangkitan kuman ke atas luka
          2. darah beku (Thromboses)
          3. lewat pengecutan rahim berbanding bersalin vagina
        3. jangka panjang
          1. risiko terpaksa dibedah Caesarean lagi menyebabkan limit kepada saiz famili
          2. perlekatan usus-sembelit

2 comments:

Hafidz said...

baik doc :)

ImAdir said...

Bagus artikel ini Penjaga Pantang

Post a Comment